Salam sejahtera semua anak2 Shaklee kita!
Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya, iaitu usahawan. Untuk memastikan sesebuah perniagaan, produk dan jenama bisnes itu dikenali ramai, pengemudi itu perlu tahu melakukan sesuatu, iaitu PROMOSI.
Kebanyakan di antara mereka yang menjual di internet juga sering lakukan kesilapan. Mungkin ada di antara yang masuk ke Group iklan di internet dan pos secara terus di Wall tersebut.
Tidak salah untuk anda sertainya, tetapi anda sendiri boleh lihat adakah ianya berkesan?
Ditambah pula dengan ribuan iklan yang lain turut serta di dalam sesebuah Group itu dan akhirnya iklan anda tiada makna lagi.
Bila bercakap tentang ilmu promosi, ia ada banyak jenis seperti promosi terang-terangan dan promosi secara halus.
Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik, suka berkongsi ilmu dan membantu usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai ramai sedikit demi sedikit.
Di zaman berteknologi hari ini, boleh dikatakan kebanyakan usahawan telah mempunyai akaun Facebook masing-masing. Adalah
amat rugi jika anda sebagai usahawan tidak mempelbagaikan cara pemasaran di Facebook.
Berikut adalah TIP-TIPnya :
1. Gunakan NAMA SEBENAR di Facebook
Seorang usahawan harus telus di medan media sosial seperti di Facebook. Menggunakan nama samaran boleh, tetapi ia sedikit berisiko.
Orang lain akan menganggap anda ada niat yang tidak baik. Pelanggan dan pembeli hanya mahu berurusan dengan orang yang telus sahaja.
Begitu juga anda, sama sekali takut
untuk membeli barang daripada orang yang menggunakan identiti palsu.
2. Gunakan GAMBAR SEBENAR atau GAMBAR YANG ELOK
Gunakan gambar yang sebenar. Elakkan dari menggunakan gambar-gambar seperti bunga, kartun dan seumpamanya, kerana ia tidak
profesional dan tidak mencerminkan anda sebagai seorang usahawan.
Letakkan foto yang terkini. Bagi usahawan wanita (wanita Islam) yang tidak mahu mendedahkan gambar sebenar atas sebab privasi, boleh gunakan logo bisnes.
Elakkan meletak gambar produk. Manakala bagi lelaki, setakat ini tiada alasan kukuh untuk tidak mendedahkan foto sebenar.
Kelebihan meletak foto sebenar di Facebook Profile adalah, prospek dan pelanggan semakin mempercayai dan meyakini anda.
3. Sertai GROUP yang BERKAITAN SAJAJA
Group apakah yang perlu anda sertai? Bagaimana cara menyertai sesebuah Group? Berapa banyak
Group yang perlu anda sertai?
Anda sertai Group yang berkaitan dengan perniagaan dan juga bidang jualan anda.
Untuk Group berkaitan perniagaan, di sana terkumpul ramai usahawan.
Anda boleh berkenalan dengan mereka dan membina kredibiliti di sana sebagai usahawan yang boleh sama-sama berkongsi pengalaman.
Manakala Group berkaitan bidang jualan, katakan kita menjual kesihatan maka sertai Group
yang berkaitan dengan kesihatan. Kongsikan tip-tip dan panduan yang berkaitan kesihatan.
Untuk menyertai Group, kita boleh mencari group dengan menggunakan fungsi carian (search) di Facebook. Masukkan perkataan berkaitan dan
klik Search. Kemudian klik pada Groups. Anda akan disenaraikan dengan Group yang boleh
disertai.
Selain itu, gunakan juga fungsi carian Group di sini :
www.facebook.com/findgroups
Anda tidak perlu menyertai banyak Group. Pilih Group yang aktif dan lebih menumpu kepada perbincangan dan perkongsian.
Tidak kisah Group itu ramai ahli ataupun tidak, yang penting adalah kualiti ahli Group. ELAKKAN Group yang memfokus kepada IKLAN SEMATA-MATA.
4. Gunakan GAMBAR & IMEJ
Jangan lupakan gambar. Untuk menjadikan perkongsian anda di Group lebih menarik perhatian ahli Group, gunakan imej ataupun
foto yang sesuai dan berkaitan.
Contohnya, jika anda berkongsi tentang bisnes Offline coaching anda, sertakan sekali gambar jumpa prospects buat coaching .
5. Penulisan dalam bentuk TIPS
Tidak perlu menulis terlalu panjang di Group. Penulisan dalam bentuk senarai tips adalah lebih digemari berbanding penulisan yang
agak panjang lebar.
6. PERKONGSIAN PENGALAMAN SEBENAR
Selain berkongsi fakta dan ilmu dalam bentuk tips/panduan, ahli Group juga amat suka dengan perkongsian pengalaman sebenar.
Berikan inspirasi dan motivasi kepada mereka tanpa menyuruh mereka bermotivasi, tetapi
kongsikan cerita yang memberi mereka suntikan semangat.
7. Berikan KOMEN POSITIF
Apabila berkomuniti di Group, sikap bertolak ansur adalah amat penting. Selain berkongsi, anda juga perlu memberikan komen yang positif kepada ahli lain apabila mereka
berkongsi tips, panduan dan pengalaman.
Ucapkan juga terima kasih, tahniah dan sebagainya. Jika anda tidak tahu untuk komen, elakkan berikan komen agar tidak ada ahli yang terluka.
Diharap dengan mengamalkan 7 tips ini ianya dapat membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai usahawan di Facebook.
Secara tidak langsung ini adalah teknik menjual secara halus, selain mempromosikan jenama dan diri kita pastinya, apabila anda menjual
sesuatu pelanggan anda lebih berminat.
Promosi secara terus pula saya amat mencadangkan anda gunakan Facebook. Ada yang sudah terbukti berkesan kerana ianya memang diwujudkan kepada mereka yang berminat.
Salam kejayaan, moga kita jumpa di puncak KEJAYAAN!
Master Coordinator Shaklee
Master David Lim
Kredit kepada Guru Facebook saya, Ikhwan Fahmi Resources
No comments:
Post a Comment